Laporan akhir tiga isu utama melibatkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan dibentangkan ke mesyuarat Kabinet akan datang, kata Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad.
Tiga laporan berkenaan adalah berhubung penstrukturan semula Klinik 1Malaysia, kes gangguan seksual melibatkan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) dan cadangan kenaikan kadar caj perundingan pengamal perubatan dan doktor bagi perkhidmatan di klinik dan hospital swasta.
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan cadangan, sebanyak 33 daripada 346 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan ditutup secara berperingkat selepas isu berkenaan dibawa ke Kabinet.
"Lebihan Klinik 1Malaysia berkenaan akan diubah suai menjadi Klinik Komuniti dengan beberapa kelainan baharu termasuklah menugaskan pegawai perubatan, ahli farmasi dan jururawat di setiap klinik," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Kebangsaan (Minggu PKPK) 2018, di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.
Berhubung kes gangguan seksual, Dr Dzulkefly berkata KKM sedang menunggu laporan akhir daripada Jawatankuasa Siasatan Bebas yang menyiasat kes itu untuk dibentangkan ke Kabinet minggu depan.
Beliau berkata cadangan dalam laporan itu akan dipertimbangkan bagi memastikan isu itu dapat dikawal dan tidak akan berulang lagi.
Bagi cadangan kenaikan kadar caj perundingan di hospital dan klinik swasta, Dr Dzulkefly berkata rumusan berhubung cadangan itu akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum sebarang keputusan dibuat.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar sebelum ini berkata kertas cadangan semakan caj yuran konsultasi yang akan diserahkan kepada Menteri Kesihatan mencadangkan kenaikan kepada antara RM35 dan RM125 daripada RM10 dan RM35.
Kenaikan itu dipersetujui pada 'Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am' yang berlangsung di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, baru-baru ini.
Minggu PKPK 2018 yang bertemakan 'Kesihatan Gusi Tanggungjawab Bersama' akan berlangsung di seluruh negara mulai 3 hingga 9 Sept ini dengan objektif meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan gusi.
Dr Dzulkefly berkata Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 menunjukkan dapatan yang membimbangkan apabila sembilan daripada 10 rakyat dewasa mengalami penyakit gusi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 02 2018
DR DZULKEFLY:33 daripada 346 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan ditutup secara berperingkat.
Jepun sedia bekerjasama dengan Malaysia hulur bantuan kemanusiaan ke Palestin
Jepun hari ini menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Demi keluarga, buruh terpaksa 'panggang diri' di bawah terik mentari
Cuaca panas luar biasa melanda kebanyakan kawasan di utara India sejak beberapa bulan lepas.
#AWANI745
#AWANI745
Polis terima dua laporan pelajar dibelasah Geng 24 di Bandar Sungai Long
Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung sekumpulan pelajar sekolah yang dibelasah Geng 24 selepas dipercayai dipaksa menyertai kumpulan haram itu di Bandar Sungai Long, Kajang.
Rangkuman hari kedua lawatan kerja PM di Jepun
Hubungan dua hala, kerjasama ASEAN, dan isu genosid di Gaza merupakan antara tumpuan untuk hari kedua lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tokyo, Jepun.
#AWANI745
#AWANI745
Polis cari penyebar rakaman CCTV Faisal Halim disimbah asid
Polis mengesahkan sebuah video tular di platform X yang didakwa memaparkan kejadian pemain kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid merupakan bahan bukti yang masih dalam siasatan.
AWANI Ringkas: Rasuah penguat kuasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis sahkan CCTV Faisal Halim disimbah asid bahan bukti USJT
Polis mengesahjan sebuah video tular di platform X yang didakwa memaparkan kejadian pemain kebangsaan Faisal Halim disimbah asid merupakan bahan bukti yang masih dalam siasatan USJT Bukit Aman.
#AWANI745
#AWANI745
Guna modus operansi 'forwarding agent' rasuah penguat kuasa
Sindiket juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan 'syarikat hantu', pengurup wang, kegiatan judi atas talian serta melalui syarikat pinjaman wang berlesen.
#AWANI745
#AWANI745
Anak MB Perlis didakwa kemuka tuntutan palsu
Anak Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tuntutan palsu bernilai RM19,000. Kes disebut semula pada 28 Jun.
#AWANI745
#AWANI745
Ops Samba: 23 anggota dan pegawai kastam akan dituduh
SPRM memaklumkan setakat ini dua pegawai kastam telah dituduh di mahkamah selepas ditahan menerusi Ops Samba 2.0.
Laporan akhir tiga isu utama dibentang ke Kabinet - KKM
Laporan berkenaan adalah berhubung penstrukturan semula Klinik 1Malaysia, kes gangguan seksual dan cadangan kenaikan kadar caj perundingan.